Sunday, December 19, 2010

Sampai bilakah Hati perlu bersedih?..



Sampai bilakah Hati perlu bersedih......?




Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar

dimana sabar itu memerlukan kesabaran pula…

adapun bala dan musibah ia akan menunjukkan

adanya perhatian dan kasih sayang Allah..

oleh itu syukurilah ia kerana syukur yang sedemikian

adalah setinggi-tinggi erti syukur….


Man jadda wa jada, man dzaro’a hashoda..

siapa yg berusaha dia akan dapat,

siapa yg menanam akan menuai hasil.

Jangan sesali apa yg sudah pergi..

Jangan tangisi apa yg sudah tiada…

tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yg telah hilang dan pergi…

Insan yang berjiwa hamba perlu mempunyai dua mata di wajahnya…

untuk memandang seluruh urusan dunianya..

dan mempunyai lebih dari dua mata dihati,

agar cukup untuk melihat seluruh perkara akhiratnya…


Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta

adalah suatu pembaziran mutiara jernih kita,

dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita..

tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita

lantas meminta pengampunan dariNya

akan lebih menjamin dunia dan akhirat…


Sedangkan kita tahu sifat insan adalh selalu lupa…

Insan selalu alpha dan terleka..

Insan sentiasa perlu akan peringatan..

Insan sentiasa terpedaya akan helah syaitan…

Tidak ada manusia yang sempurna..

Tidak pernah melakukan dosa atau kesalahan…

Tidak ada manusia tidak pernah khianat..


Tetapi pabila kita menuntut ilmu,

memperbaiki kelemahan diri dari masa ke masa,

sentiasa memberi peringatan & diingatkan,

sentiasa waspada atas setiap helah syaitan..

insyaAllah Allah akan membantu kita..

0 comments:

Post a Comment