RamaDhan kiTa….RamaDhan sauDara kita di PaLESTIN……
                                                   Ana amat merasa sayu hati mengenangkan pembaziran kita….pembuangan makanan & rezeki ALLAH sewenang2nya…tanpa rasa bersalah melemparkan sisa makanan & minuman yang masi banyak….baru sentuh sikit ja, da nak buang….sedihnya….
Bukan itu  saja,..dalam bulan Ramadhan ini juga kita dapat lihat bermacam-macam  ragam berkenaan dengan makanan. Ada yang menjadikan bulan Ramadhan  sebagai medan untuk mengurangkan makan. Tidak kurang juga sebaliknya.  Ramadhan bertukar menjadi pesta makanan kerana dalam bulan ini, pelbagai  makanan boleh didapati dan peniaga makanan tumbuh seperti cendawan  selepas hujan.....melimpah ruah rezeki….memandangkan tidak pemilihan  bijak dalam makanan…mengikut telunjuk nafsu…. Ramadhan menjadi pesta  bersukaria untuk makan.....Ke mana perginya penghayatan Ramadhan? Hanya  dengan ujian makanan, kita sudah leka dibuai arus nafsu...semuanya  dibeli…berlaku lah PEMBAZIRAN!!
Tidak kurang juga ramai yang berbelanja untuk makan secara buffet di  hotel atau restoran terkemuka. RM 40 untuk seorang adalah perkara yang  biasa. Walhal pada hari-hari biasa tidak tergerak pun hati mahu ke sana.  Malah ada yang sanggup berbelanja tinggi untuk berbuka puasa di bulan  Ramadhan….kali ini dengan alasan  “ ingin mencuba  perisa @ makanan lain pula…hehehe…tak salah…Namun jika sesekali mahu  pergi merasa, rasanya tidaklah menjadi kesalahan. Cuma perlulah  berpada-pada dan tidak elok dijadikan amalan…
"kadang kala kita selalu terdengar kawan2 kita makan kat Tony Roma berbuka. Makan 4 orang. Nak dekat RM500 bayar.."
Tersirap darah mendengar...Ikutkan hati mau…....bukankah itu satu pembaziran yang sangat nyata. Makan sepinggan daging steak berharga RM 70......!!!!
Sesekali nak merasa katanya..... memang tak boleh nak terima alasan  sebegitu. Mungkin bagi mereka yang mampu tak mengapa berbelanja  sedemikian (walaupun elaun bukannya banyak mana...Orang bergaji mahal  pun fikir banyak kali)….. Kita di sini......Sanggup makan sepinggan  makanan berharga mencecah ratusan ringgit....Hanyut.....
ana  tak tahu pengalaman orang lain. Namun pengalaman tidak ada duit  walaupun hendak membeli sekilo beras untuk memasak, cuma segenggam beras  ana minta untuk di masak bubur mak cik  tapi maki hamun yang  dilemparkan, penat lelah mencari botol & tin, mengemis dijalanan,  membersihkan ladang getah, ladang padi untuk setin padi, bergelumang  dengan najis sapi ( lembu ) & kambing untuk sepinggan  nasi....subhanallah....."TARBIYYAH ALLAH" sekiranya ana tidak merasa ini  semua...adakah ana akan bersyukur & berfikir dengan segala  ketentuan &  kejadian di muka bumi ini...walaupun hanya dapat  meminum air  masin untuk menahan lapar sudah cukup memeritkan dan  membuatkan ana sedar perlunya berjimat & JANGAN MEMBAZIR  MAKANAN….TARBIYYAH....TARBIYYAH....TARBIYYAH dari ALLAH adalah yang  terbaik....kadang kala....program sekadar program.....tapi yang kita  mahu adalah penghayatan....
JADI JANGAN MEMBAZIR!!!!!!
ana semakin tersentuh....mestilah antum sekalian merasa hal yg sama kan....
Lebih-lebih lagi bila terbayang saudara seagama kita di Palestin dan negara lain yang miskin....
Mereka kebuluran tak cukup makanan.
Mereka bertarung nyawa mencari sesuap makanan.
Tiada erti kenyang bagi mereka.
Makan cukup sekadar untuk meneruskan hidup.
Kita menikmati kemeriahan Ramadhan al-Mubarak di Malaysia, negara bertuah.. namun bagaimana perihalnya saudara2 kita di bumi Palestin??? bagaimana kisah RAMADHAN di bumi bergolak Palestin.??? Ramadhan mereka bermandikan keringat perjuangan mempertahankan baitul Maqdis.... Ramadhan mereka di hidangkan dengan hidangan peluru2 hidup Israel laknatullah yang lapar mencari darah mereka....Ramadhan bagi mereka suatu booster yang cukup bernilai daripada Allah kerana segala amal kebajikan di lipatgandakan ganjarannya oleh Allah.. inilah saat2 yang di tunggu oleh saudara2 kita di Palestin…..Itu antara perbezaan2 yang jelas ketara kunjungan Ramadhan yang bertandang menemui ummah....Ramadhan kita..Ramadhan Palestin..Ramadhan umat se ISLAM kita satu matlamat TETAPI situasi yang berbeza...
ALLAH AKHBAR!!!.




0 comments:
Post a Comment