Thursday, December 30, 2010

CIKGU TADIKA YANG TIDAK PERCAYAKAN TUHAN

ckgu itu berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?

Murid-murid : Nampak cikgu.

Guru tadika : Pen ada kan?

Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?

Murid-murid : Tak nampak cikgu.

Guru tadika : Pen ada tak?

Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?

Murid-murid : Tak nampak cikgu.

Guru tadika : Tuhan ada tak?

Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya.

Tetapi..................

dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?

Guru tadika : Boleh, mari ke depan.

Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?

Murid-murid : Nampak.

Amin : Cikgu ada kan?

Murid-murid : Ada.

Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?

Murid-murid : Tak nampak.

Amin: Cikgu ada otak tak?

Murid-murid : Tak ada.

HAHAHAHAHAHAAH... :)

0 comments:

Post a Comment