Sunday, December 19, 2010

Merdeka kah kita....????????????????

Merdeka kah kita....????????????????



Betul3.....kata upin ipin.....
Diakhir zaman semakin bermacam2 dugaan kita untuk menempuhi hidup...tapi itulah hidup memang da sebati dengan cabaran, dugaan dan rintangan....memang benarlah kenapa Rasulullah s.a.w teramat berat sangat meninggalkan umatnya.....sehingga masih menyebut “ umatku...umatku...umatku....” diakhir pemergiannya....ALLAH AKHBAR...selawat & salam buat mu Ya Rasulullah....
Pejam celik pejam celik kita da berada di 10 akhir ramadhan...dimana malam yang dijanjikan lebih baik dari seribu malam...tapi nampaknya cabaran di 10 malam terakhir nie semakin mencabar keimanan & keinginan...alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan sehingga sampai akhir bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Tapi kita juga akan menyambut HARI KEMERDEKAAN dimana hari inilah hari pesta bagi anak- anak muda mudi kita…sama –sama lah kita supaya tidak mensia-siakan kelebihan Ramadhan dengan sambutan malam kemerdekaan yang melalaikan.
Diawal blog nie lagi ana mengajak diri ana & antum sekalian supaya Ingatlah akan kematian dengan sentiasa memelihara auratmu, solatmu dan ibadah-ibadahmu yang lain. Muda bukan jaminan untuk hidup lama dan tua bukan jaminan untuk mati. Berapa ramai sudah bayi, remaja dan orang muda yang mati menemui ajal. Adakah apabila ajal sudah berada di halkum kita baru kita mau bertaubat.??? Jangan sekali-kali kalian terjebak ke kancah ZINA....penyesalan yang tidak berkesudahan..Tersilap langkah hari ini, akan menaggung akibat di masa depan. Jangan 9 bulan mendatang lahirlah anak-anak tidak berbapa!!!!!!





cukuplah HARI VALENTIME & TAHUN BARU yang lepas...SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah. Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day). Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah….astagfiraullah…semoga ALLAH memelihara kita…ini hakikat, jika dilihat pada statistik kes buang bayi atau kes gadis mengandung anak luar nikah, ia secara konsisten menunjukkan trend ini selepas beberapa bulan atau maksimum sembilan bulan selepas sesuatu perayaan berlangsung...tak percaya??? Cuba renungkan sejenak....bukankah bulan ramadhan nie setiap hari ada sahaja di muka2 akhbar kes pembuangan bayi...ndak percaya....berfikirlah...bukan itu sahaja...astagfiraullah...
Sesungguhnya arak adalah ibu kejahatan. Meneguk arak menghilangkan kemuliaan akal. Banyak lagi minuman halal, kenapa arak yang harus dipilih??.......



Namun, Apakah erti merdeka buat kita? Merdeka daripada penjajah atau merdeka daripada Allah? Tidak ada manusia yang merdeka daripada Allah melainkan dia menjadi hamba pula kepada nafsu dan syaitan! Sesungguhnya nafsu hanya mengajak kearah kejahatan. Sesungguhnya syaitan musuh manusia yang amat pasti…..wallahu’ alam….

0 comments:

Post a Comment