Sunday, December 19, 2010

Buatmu hamba ALLAH : Kita selalu Bertanya & Al-Quran menjawabnya.

Buatmu hamba ALLAH : Kita selalu Bertanya & Al-Quran menjawabnya.



















KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?


QURAN MENJAWAB


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢)




وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٣)


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT
APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB


كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ (٢١٦)


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT
INI?
QURAN MENJAWAB

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرً۬ا كَمَا حَمَلۡتَهُ ۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ‌ۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآ‌ۚ أَنتَ مَوۡلَٮٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ (٢٨٦)


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".


- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB

وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ (١٣٩)



"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU
MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ (٤٥)



"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar
dan mengerjakan sembahyang; dan
sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT
DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
۞ إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَ‌ۚ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيَقۡتُلُونَ وَيُقۡتَلُونَ‌ۖ وَعۡدًا عَلَيۡهِ حَقًّ۬ا فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ وَٱلۡقُرۡءَانِ‌ۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِ‌ۚ فَٱسۡتَبۡشِرُواْ بِبَيۡعِكُمُ ٱلَّذِى بَايَعۡتُم بِهِۦ‌ۚ وَذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (١١١)


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri,
dan harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU
BERHARAP?
QURAN MENJAWAB

فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُلۡ حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ‌ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ (١٢٩)



"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB

أَرۡسِلۡهُ مَعَنَا غَدً۬ا يَرۡتَعۡ وَيَلۡعَبۡ وَإِنَّا لَهُ ۥ لَحَـٰفِظُونَ (١٢)


"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


Sesunguhnya Allah tidak pernah tidur,pesan buatmu wahai hamba Allah.
Hayatilah : Dalam ayat Kursi disebutkan bahawa ALLAH tidak pernah berasa mengantuk dan tidur. Hal inilah yang juga pernah ditanyakan oleh umat Nabi Musa a.s kepada baginda. “ Dalam kitab Taurat disebutkan ALLAH tidak pernah mengantuk dan tidak pernah tidur. Benarkah begitu, Musa?” tanya kaum bani Israel itu. Lantas Nabi Musa menjelaskan maksud ayat tersebut kepad kaumnya sebagaimana yang dijelaskan dalam Taurat. Tetapi, walaupun sudah dijelaskan, kaumnya masih juga bertanya lagi, “Bagaimana Tuhan tidak perlu tidur?” tanya mereka. Maka ALLAH menyuruh Nabi Musa memegang dua biji botol yang dipenuhi air. Ketika botol sedang berada ditangannya, lalu ALLAH menidurkan Nabi Musa dan akhrirnya botol itu jatuh serta merta pecah. Kemudian Allah berfirman kepada Nabi Musa, katakanlah kepada umat mu jika ALLAH tidur, nescaya akan rosaklah dunia ini.”
Sama-samalah kita fikirkan sejenak dan bersyukur dengan apa yang kita perolehi daripada ALLAH....Buat diri ana sendiri dan antum sekalian.

Sampai bilakah Hati perlu bersedih?..



Sampai bilakah Hati perlu bersedih......?




Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar

dimana sabar itu memerlukan kesabaran pula…

adapun bala dan musibah ia akan menunjukkan

adanya perhatian dan kasih sayang Allah..

oleh itu syukurilah ia kerana syukur yang sedemikian

adalah setinggi-tinggi erti syukur….


Man jadda wa jada, man dzaro’a hashoda..

siapa yg berusaha dia akan dapat,

siapa yg menanam akan menuai hasil.

Jangan sesali apa yg sudah pergi..

Jangan tangisi apa yg sudah tiada…

tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yg telah hilang dan pergi…

Insan yang berjiwa hamba perlu mempunyai dua mata di wajahnya…

untuk memandang seluruh urusan dunianya..

dan mempunyai lebih dari dua mata dihati,

agar cukup untuk melihat seluruh perkara akhiratnya…


Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta

adalah suatu pembaziran mutiara jernih kita,

dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita..

tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita

lantas meminta pengampunan dariNya

akan lebih menjamin dunia dan akhirat…


Sedangkan kita tahu sifat insan adalh selalu lupa…

Insan selalu alpha dan terleka..

Insan sentiasa perlu akan peringatan..

Insan sentiasa terpedaya akan helah syaitan…

Tidak ada manusia yang sempurna..

Tidak pernah melakukan dosa atau kesalahan…

Tidak ada manusia tidak pernah khianat..


Tetapi pabila kita menuntut ilmu,

memperbaiki kelemahan diri dari masa ke masa,

sentiasa memberi peringatan & diingatkan,

sentiasa waspada atas setiap helah syaitan..

insyaAllah Allah akan membantu kita..

Wahai sahabat Muslimat Sekalian

Wahai sahabat Muslimat Sekalian




Renung-renungkanlah intipati daripada penulisan ini, Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika initidak kita kongsi bersam & muslimah sekalian tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….

muslimahku....

Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai sahabat, kerana kitalah pengubat kesunyian waktu adam di syurga dulu dan kita juga asalnya dari tulang rusuk kiri adam yang bengkok,lantas kerana bimbang hidup ini terpesong dari landasan yang sebenarnya,pastinya bakal suami kita akan gagahi jua kehidupan ini....

muslimahku....
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilangan adam di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah sahabat...sekiranya kaum adam melebihi kaum hawa, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

muslimahku....
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai sahabat...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah...mungkin dari tuduh labuh bertukar tudung 3 segi,dr tudung 3 segi bertukar tak pakai tudung,memang tak pakai tudung menjadi2...astagfiraullah al azim..

Tidakkah kita mengerti bahawa diri ini adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada adam,kaum ajnabi kita?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

Sedarkah kau sahabat.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?...kembalilah sahabatku...ana tak mampu berbuat apa2 tp ana tak sanggup dirimu begini..
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kita pelajari bersama...
sahabatku..kita tarbiyyah bersama...kita makan setalam bersama...mengapa dirimu kian menghilang dari pandanganku..
sahabatku....
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah sahabat & kaum hawa sekalian,..
usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaum adam ini....kasihan mereka,kasihan kaum adam..mereka memikul banyak tanggungjawab...

sahabatku....
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menanti kita sayangku sahabat...

Mengapa begitu sahabatku?? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

sahabatku & sekalian hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini....ku mohon pada Allah mendetikkan dihati mu atas khilaf kita bersama....

sahabatku sayang....
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu...bukan sebab kita hipokrit atau berpura2 tapi adab & batasan kita dengan kaum adam...membataskan segala2nya...fahamilah sahabatku..

Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....


Firman Allah swt:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

sahabat & sekalian hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kita kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............

“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN
DAN
SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”