Showing posts with label RENUNGKAN LAH. Show all posts
Showing posts with label RENUNGKAN LAH. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

CIKGU TADIKA YANG TIDAK PERCAYAKAN TUHAN

ckgu itu berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?

Murid-murid : Nampak cikgu.

Guru tadika : Pen ada kan?

Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?

Murid-murid : Tak nampak cikgu.

Guru tadika : Pen ada tak?

Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?

Murid-murid : Tak nampak cikgu.

Guru tadika : Tuhan ada tak?

Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya.

Tetapi..................

dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?

Guru tadika : Boleh, mari ke depan.

Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?

Murid-murid : Nampak.

Amin : Cikgu ada kan?

Murid-murid : Ada.

Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?

Murid-murid : Tak nampak.

Amin: Cikgu ada otak tak?

Murid-murid : Tak ada.

HAHAHAHAHAHAAH... :)

Sunday, December 19, 2010

Buatmu hamba ALLAH : Kita selalu Bertanya & Al-Quran menjawabnya.

Buatmu hamba ALLAH : Kita selalu Bertanya & Al-Quran menjawabnya.



















KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?


QURAN MENJAWAB


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢)




وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٣)


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT
APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB


كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ (٢١٦)


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT
INI?
QURAN MENJAWAB

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرً۬ا كَمَا حَمَلۡتَهُ ۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ‌ۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآ‌ۚ أَنتَ مَوۡلَٮٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ (٢٨٦)


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".


- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB

وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ (١٣٩)



"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU
MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ (٤٥)



"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar
dan mengerjakan sembahyang; dan
sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT
DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
۞ إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَ‌ۚ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيَقۡتُلُونَ وَيُقۡتَلُونَ‌ۖ وَعۡدًا عَلَيۡهِ حَقًّ۬ا فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ وَٱلۡقُرۡءَانِ‌ۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِ‌ۚ فَٱسۡتَبۡشِرُواْ بِبَيۡعِكُمُ ٱلَّذِى بَايَعۡتُم بِهِۦ‌ۚ وَذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (١١١)


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri,
dan harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU
BERHARAP?
QURAN MENJAWAB

فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُلۡ حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ‌ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ (١٢٩)



"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB

أَرۡسِلۡهُ مَعَنَا غَدً۬ا يَرۡتَعۡ وَيَلۡعَبۡ وَإِنَّا لَهُ ۥ لَحَـٰفِظُونَ (١٢)


"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


Sesunguhnya Allah tidak pernah tidur,pesan buatmu wahai hamba Allah.
Hayatilah : Dalam ayat Kursi disebutkan bahawa ALLAH tidak pernah berasa mengantuk dan tidur. Hal inilah yang juga pernah ditanyakan oleh umat Nabi Musa a.s kepada baginda. “ Dalam kitab Taurat disebutkan ALLAH tidak pernah mengantuk dan tidak pernah tidur. Benarkah begitu, Musa?” tanya kaum bani Israel itu. Lantas Nabi Musa menjelaskan maksud ayat tersebut kepad kaumnya sebagaimana yang dijelaskan dalam Taurat. Tetapi, walaupun sudah dijelaskan, kaumnya masih juga bertanya lagi, “Bagaimana Tuhan tidak perlu tidur?” tanya mereka. Maka ALLAH menyuruh Nabi Musa memegang dua biji botol yang dipenuhi air. Ketika botol sedang berada ditangannya, lalu ALLAH menidurkan Nabi Musa dan akhrirnya botol itu jatuh serta merta pecah. Kemudian Allah berfirman kepada Nabi Musa, katakanlah kepada umat mu jika ALLAH tidur, nescaya akan rosaklah dunia ini.”
Sama-samalah kita fikirkan sejenak dan bersyukur dengan apa yang kita perolehi daripada ALLAH....Buat diri ana sendiri dan antum sekalian.

Sampai bilakah Hati perlu bersedih?..



Sampai bilakah Hati perlu bersedih......?




Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar

dimana sabar itu memerlukan kesabaran pula…

adapun bala dan musibah ia akan menunjukkan

adanya perhatian dan kasih sayang Allah..

oleh itu syukurilah ia kerana syukur yang sedemikian

adalah setinggi-tinggi erti syukur….


Man jadda wa jada, man dzaro’a hashoda..

siapa yg berusaha dia akan dapat,

siapa yg menanam akan menuai hasil.

Jangan sesali apa yg sudah pergi..

Jangan tangisi apa yg sudah tiada…

tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yg telah hilang dan pergi…

Insan yang berjiwa hamba perlu mempunyai dua mata di wajahnya…

untuk memandang seluruh urusan dunianya..

dan mempunyai lebih dari dua mata dihati,

agar cukup untuk melihat seluruh perkara akhiratnya…


Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta

adalah suatu pembaziran mutiara jernih kita,

dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita..

tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita

lantas meminta pengampunan dariNya

akan lebih menjamin dunia dan akhirat…


Sedangkan kita tahu sifat insan adalh selalu lupa…

Insan selalu alpha dan terleka..

Insan sentiasa perlu akan peringatan..

Insan sentiasa terpedaya akan helah syaitan…

Tidak ada manusia yang sempurna..

Tidak pernah melakukan dosa atau kesalahan…

Tidak ada manusia tidak pernah khianat..


Tetapi pabila kita menuntut ilmu,

memperbaiki kelemahan diri dari masa ke masa,

sentiasa memberi peringatan & diingatkan,

sentiasa waspada atas setiap helah syaitan..

insyaAllah Allah akan membantu kita..

Damba Cinta Mu

Damba Cinta Mu


Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

LembutkanLaH Hati mu wahai "INSAN"

LembutkanLaH Hati mu wahai "INSAN"



sujudku pada Mu
tuhan yg maha satu
redhaMu kuharapkn
keampunanMu kopohonkn

pabila aku lalai dgn dunia
pabila aku sombong dgn nikmatNya
pabila diberi...aku lupa
pabila diambil...aku hampa
disini aku hamba yg hina
hilangnya erti bersyukur
tumbuhlah sifat takabur

mlm sunyi mnyapa hati
titis embun mngalir sepi
sujudku pada yg Ilahi
air mata membasahi pipi
aku mncari....
dengarlah rintihanku ya Allah...
tangis derita ku ya Rabb...


selamatkan jiwa ini ya Allah...
tuntunlah hati ini ya Allah...
hanya Engkau yg mengetahui
apa yg tersirat dihati ini....
apa yg terbuku dihati ini....

dingin malam mngetarkn jiwa
pada insan yg takut pada yg maha Esa
tuhan yg maha agung lg maha kuasa
selama diriku bernyawa
nafas dihabiskn dgn dosa
sedikit shj masa utkNya

selemah2 manusia adalah aku
kerana aku terjatuh ke gawang nafsu
sehina2 manusia adalah aku
kerana aku lupa akan penciptaku


dibulan ramadhan kini
aku tundukkan hati
pada amalan yg pasti
pada mlm yg lebih baik dr yg seribunya
ku hambarkn sujud padaNya
aku mncari......


Ya Allah yg maha Esa
berikanlah aku masa
utk hapuskn dosa
kesempatan meraih pahala
penawar hati yg lara
penyembuh luka

di bulan Mu yg mulia ini
aku mncari....
hanya satu yg kucari....
keampunanMu yg maha pemurah
lagi maha pengasihani...
FORGIVE ME ALLAH......

Jom ubah tabiat kita…

Jom ubah tabiat kita…. Lau d jadi tabiat…Alhamdulillah…istiQomah…

Apa salahnya buat perubahan JADUAL kehidupan…

Kearah yg lebih baik….

Kita bukan sahaja perLu jadi “BEST STUDENT Collage @ university” TAPI perlu berusaha jadi HAMBA yang terbaik kepada ALLAH " University of RAmadhan"…

4.00 pagi

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”


2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.


4.20 pagi

1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 pagi

1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.30 pagi

1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.


7.00 pagi

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja


12.45 tengah hari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 petang

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA


5.30 petang

1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

6.30 petang

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”


3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.


8.00 malam

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 malam

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :

"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur
stage 4


RamaDhan kiTa….RamaDhan sauDara kita di PaLESTIN……

RamaDhan kiTa….RamaDhan sauDara kita di PaLESTIN……


Ana amat merasa sayu hati mengenangkan pembaziran kita….pembuangan makanan & rezeki ALLAH sewenang2nya…tanpa rasa bersalah melemparkan sisa makanan & minuman yang masi banyak….baru sentuh sikit ja, da nak buang….sedihnya….


Bukan itu saja,..dalam bulan Ramadhan ini juga kita dapat lihat bermacam-macam ragam berkenaan dengan makanan. Ada yang menjadikan bulan Ramadhan sebagai medan untuk mengurangkan makan. Tidak kurang juga sebaliknya. Ramadhan bertukar menjadi pesta makanan kerana dalam bulan ini, pelbagai makanan boleh didapati dan peniaga makanan tumbuh seperti cendawan selepas hujan.....melimpah ruah rezeki….memandangkan tidak pemilihan bijak dalam makanan…mengikut telunjuk nafsu…. Ramadhan menjadi pesta bersukaria untuk makan.....Ke mana perginya penghayatan Ramadhan? Hanya dengan ujian makanan, kita sudah leka dibuai arus nafsu...semuanya dibeli…berlaku lah PEMBAZIRAN!!

“Ramadhan pesta makan.....Satu fenomena yang tidak sihat”


Tidak kurang juga ramai yang berbelanja untuk makan secara buffet di hotel atau restoran terkemuka. RM 40 untuk seorang adalah perkara yang biasa. Walhal pada hari-hari biasa tidak tergerak pun hati mahu ke sana. Malah ada yang sanggup berbelanja tinggi untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan….kali ini dengan alasan “ ingin mencuba perisa @ makanan lain pula…hehehe…tak salah…Namun jika sesekali mahu pergi merasa, rasanya tidaklah menjadi kesalahan. Cuma perlulah berpada-pada dan tidak elok dijadikan amalan…

"kadang kala kita selalu terdengar kawan2 kita makan kat Tony Roma berbuka. Makan 4 orang. Nak dekat RM500 bayar.."

Tersirap darah mendengar...Ikutkan hati mau…....bukankah itu satu pembaziran yang sangat nyata. Makan sepinggan daging steak berharga RM 70......!!!!

Sesekali nak merasa katanya..... memang tak boleh nak terima alasan sebegitu. Mungkin bagi mereka yang mampu tak mengapa berbelanja sedemikian (walaupun elaun bukannya banyak mana...Orang bergaji mahal pun fikir banyak kali)….. Kita di sini......Sanggup makan sepinggan makanan berharga mencecah ratusan ringgit....Hanyut.....

ana tak tahu pengalaman orang lain. Namun pengalaman tidak ada duit walaupun hendak membeli sekilo beras untuk memasak, cuma segenggam beras ana minta untuk di masak bubur mak cik tapi maki hamun yang dilemparkan, penat lelah mencari botol & tin, mengemis dijalanan, membersihkan ladang getah, ladang padi untuk setin padi, bergelumang dengan najis sapi ( lembu ) & kambing untuk sepinggan nasi....subhanallah....."TARBIYYAH ALLAH" sekiranya ana tidak merasa ini semua...adakah ana akan bersyukur & berfikir dengan segala ketentuan & kejadian di muka bumi ini...walaupun hanya dapat meminum air masin untuk menahan lapar sudah cukup memeritkan dan membuatkan ana sedar perlunya berjimat & JANGAN MEMBAZIR MAKANAN….TARBIYYAH....TARBIYYAH....TARBIYYAH dari ALLAH adalah yang terbaik....kadang kala....program sekadar program.....tapi yang kita mahu adalah penghayatan....

JADI JANGAN MEMBAZIR!!!!!!

ana semakin tersentuh....mestilah antum sekalian merasa hal yg sama kan....
Lebih-lebih lagi bila terbayang saudara seagama kita di Palestin dan negara lain yang miskin....
Mereka kebuluran tak cukup makanan.
Mereka bertarung nyawa mencari sesuap makanan.
Tiada erti kenyang bagi mereka.
Makan cukup sekadar untuk meneruskan hidup.


Kita menikmati kemeriahan Ramadhan al-Mubarak di Malaysia, negara bertuah.. namun bagaimana perihalnya saudara2 kita di bumi Palestin??? bagaimana kisah RAMADHAN di bumi bergolak Palestin.??? Ramadhan mereka bermandikan keringat perjuangan mempertahankan baitul Maqdis.... Ramadhan mereka di hidangkan dengan hidangan peluru2 hidup Israel laknatullah yang lapar mencari darah mereka....Ramadhan bagi mereka suatu booster yang cukup bernilai daripada Allah kerana segala amal kebajikan di lipatgandakan ganjarannya oleh Allah.. inilah saat2 yang di tunggu oleh saudara2 kita di Palestin…..Itu antara perbezaan2 yang jelas ketara kunjungan Ramadhan yang bertandang menemui ummah....Ramadhan kita..Ramadhan Palestin..Ramadhan umat se ISLAM kita satu matlamat TETAPI situasi yang berbeza...


marilah saudara ku sekalian…berfikir seketika... andai kita berada di tempat saudara2 kita di Palestin@dimana- mana bumi ALLAH yang sedang diuji..bagaimana keadaan kita.. mampukah kita sekental jiwa mereka.. setabah iman mereka mendepani segala kebiadapan Israel laknatullah, mengharungi segala ujian ALLAH,berjuang menundukkan hawa nafsu ini....
ALLAH AKHBAR!!!.

Merdeka kah kita....????????????????

Merdeka kah kita....????????????????



Betul3.....kata upin ipin.....
Diakhir zaman semakin bermacam2 dugaan kita untuk menempuhi hidup...tapi itulah hidup memang da sebati dengan cabaran, dugaan dan rintangan....memang benarlah kenapa Rasulullah s.a.w teramat berat sangat meninggalkan umatnya.....sehingga masih menyebut “ umatku...umatku...umatku....” diakhir pemergiannya....ALLAH AKHBAR...selawat & salam buat mu Ya Rasulullah....
Pejam celik pejam celik kita da berada di 10 akhir ramadhan...dimana malam yang dijanjikan lebih baik dari seribu malam...tapi nampaknya cabaran di 10 malam terakhir nie semakin mencabar keimanan & keinginan...alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan sehingga sampai akhir bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Tapi kita juga akan menyambut HARI KEMERDEKAAN dimana hari inilah hari pesta bagi anak- anak muda mudi kita…sama –sama lah kita supaya tidak mensia-siakan kelebihan Ramadhan dengan sambutan malam kemerdekaan yang melalaikan.
Diawal blog nie lagi ana mengajak diri ana & antum sekalian supaya Ingatlah akan kematian dengan sentiasa memelihara auratmu, solatmu dan ibadah-ibadahmu yang lain. Muda bukan jaminan untuk hidup lama dan tua bukan jaminan untuk mati. Berapa ramai sudah bayi, remaja dan orang muda yang mati menemui ajal. Adakah apabila ajal sudah berada di halkum kita baru kita mau bertaubat.??? Jangan sekali-kali kalian terjebak ke kancah ZINA....penyesalan yang tidak berkesudahan..Tersilap langkah hari ini, akan menaggung akibat di masa depan. Jangan 9 bulan mendatang lahirlah anak-anak tidak berbapa!!!!!!





cukuplah HARI VALENTIME & TAHUN BARU yang lepas...SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah. Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day). Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah….astagfiraullah…semoga ALLAH memelihara kita…ini hakikat, jika dilihat pada statistik kes buang bayi atau kes gadis mengandung anak luar nikah, ia secara konsisten menunjukkan trend ini selepas beberapa bulan atau maksimum sembilan bulan selepas sesuatu perayaan berlangsung...tak percaya??? Cuba renungkan sejenak....bukankah bulan ramadhan nie setiap hari ada sahaja di muka2 akhbar kes pembuangan bayi...ndak percaya....berfikirlah...bukan itu sahaja...astagfiraullah...
Sesungguhnya arak adalah ibu kejahatan. Meneguk arak menghilangkan kemuliaan akal. Banyak lagi minuman halal, kenapa arak yang harus dipilih??.......



Namun, Apakah erti merdeka buat kita? Merdeka daripada penjajah atau merdeka daripada Allah? Tidak ada manusia yang merdeka daripada Allah melainkan dia menjadi hamba pula kepada nafsu dan syaitan! Sesungguhnya nafsu hanya mengajak kearah kejahatan. Sesungguhnya syaitan musuh manusia yang amat pasti…..wallahu’ alam….