Showing posts with label TENTANG HATI. Show all posts
Showing posts with label TENTANG HATI. Show all posts

Friday, December 24, 2010

Wahai Diri..... Wahai manusia.... Wahai hamba ALLAH...

Wahai Diri..... Wahai manusia.... Wahai hamba ALLAH...

MENGAPA SUKA SANGAT BERSANGKA-SANGKA??

Manusia hari ini suka sangat bersangka-sangka

Ada sangkaan baik… ada sangkaan buruk

Orang BERIBADAH disangka RIAK

Orang yang RILEKS disangka MALAS

Orang yang PAKAI BAJU BARU disangka MENUNJUK

Orang yang PAKAI BAJU LAMA disangka ZUHUD (HINA)

Orang yang MAKAN BANYAK disangka PELAHAP

Orang yang MAKAN SIKIT disangka DIET

Orang yang BAIK disangka BURUK

Orang yang BURUK disangka BAIK

Orang SENYUM disangka MENGEJEK

Orang MASAM disangka MERAJUK

Orang BERMUZAKARAH disangka MENGUMPAT

Orang DIAM disangka MENYENDIRI

Orang MELAWA disangka PAKAI SUSUK

Orang NAMPAK CERIA disangka MEMBELA

Orang MEMBEBEL disangka MULUT MURAI

Mana tahu yang DIAM itu kerana BERZIKIR KEPADA ALLAH

Mana tahu yang SENYUM itu kerana BERSEDEKAH

Mana tahu yang MASAM itu kerana MENGENANG DOSA

Mana tahu yang MELAWA itu kerana BERSIH HATI DAN MINDANYA

Mana tahu yang CERIA itu kerana CERGAS

Mana tahu yang MENEGUR itu kerana BENAR-BENAR IKHLAS

Mana tahu yang MEMBEBEL itu kerana SEDANG MENASIHATI

JAUHI SIKAP SUKA BERSANGKA-SANGKA

Kerana ia bakal MEMUSNAHKAN UKHWAH seperti API MEMUSNAHKAN KAYU

Satu benda yang dibuat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat

Semua bergantung kepada kita yang MELIHAT dan MENILAINYA

Renungkan bersama wahai hamba ALLAH...

oh,...TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! AKU dijangkiti VIRUS pembunuh no.1 IMAN manusia..

oh,...TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! AKU dijangkiti VIRUS pembunuh no.1 IMAN manusia..



KITA DIJANGKITI VIRUS ????????

Virus yang bernama al isyq (cinta), ternyata telah memakan banyak korban. Mungkin anda pernah mendengar seorang remaja nekad bunuh diri disebabkan putus cinta atau tertolak cintanya. Atau anda pernah mendengar kisah Qeis yang tergila-gila kepada Laila. Kisah cinta yang bermula sejak mereka bersama menggembala domba sewaktu kecil hingga dewasa. Akhirnya sungguh tragis, Qeis benar-benar menjadi gila ketika Laila dipersunting oleh lelaki lain.

Ibnul Qayyim berkata, “Gejolak cinta merupakan jenis penyakit hati yang memerlukan penanganan khusus disebabkan berbeza dengan penyakit lain, baik dari segi bentuk, penyebab, maupun terapinya. Jika telah menggeragut kesucian hati manusia dan mengakar di dalam hati, sulit bagi para doktor mencarikan ubat penawarnya dan penderitanya sulit disembuhkan.”

Allah Subhanahu wa Ta’ala mengisahkan penyakit ini dalam Al Qur’an tentang dua jenis manusia, pertama, wanita dan kedua, kaum homoseks yang cinta kepada mardan (anak laki-laki yang rupawan).

Allah Subhanahu wa Ta’ala mengisahkan bagaimana penyakit ini telah menyerang isteri Al Azis (Gubenor Mesir) yang mencintai Nabi Yusuf Alaihis Salam, dan menimpa kaum Luth Alaihis Salam. Allah mengisahkan kedatangan malaikat ke negeri Luth Alaihis Salam, yang ertinya: “Dan datanglah penduduk kota itu (ke rumah Luth) dengan gembira (kerana) kedatangan tamu-tamu itu. Luth berkata, “Sesungguhnya mereka adalah tamuku; maka janganlah kamu memberi malu (kepadaku), dan bertakwalah kepada Allah dan janganlah membuat aku terhina.” Mereka berkata, “Dan bukankah kami telah melarangmu dari (melindungi) manusia?” Luth berkata, “Inilah puteri-puteri (negeri) ku (kawinlah dengan mereka), jika kamu hendak berbuat secara yang halal).” (Allah berfirman), “Demi umurmu (Muhammad), sesungguhnya mereka terombang–ambing di dalam kemabukan (kesesatan).” (QS: Al Hijr: 67-72).

KRITERIA MANUSIA YANG BERPOTENSI TERJANGKIT PENYAKIT AL ISYQ


Penyakit al isyq akan menimpa orang-orang yang hatinya kosong dari rasa mahabbah (cinta) kepada Allah, selalu berpaling dari-Nya dan dipenuhi kecintaan kepada selain-Nya. Hati yang penuh cinta kepada Allah dan rindu bertemu dengan-Nya pasti kebal terhadap serangan virus ini, sebagaimana yang terjadi dengan Yusuf Alaihis Salam. “Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andaikata dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih….” (QS: Yusuf: 24).

Nyatalah bahawa ikhlas merupakan immunisasi yang dapat menolak virus ini dengan berbagai dampak negatifnya, berupa perbuatan jelek dan keji. Ertinya, memalingkan seseorang dari kemaksiatan harus dengan menjauhkan berbagai sarana yang menjurus ke arah itu.

Berkata ulama terdahulu yang soleh, “Penyakit cinta adalah getaran hati yang kosong dari segala sesuatu selain apa yang dicinta dan dipujanya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman mengenai ibu Nabi Musa Alaihis Salam, yang ertinya: “Dan menjadi kosonglah hati ibu Musa Alaihis Salam. Sesungguhnya ia hampir menyatakan rahsia tentang Musa, seandainya tidak kami teguhkan hatinya. Supaya ia termasuk orang-orang yang percaya (kepada janji Allah).” (QS Al Qashas : 10).

Yakni kosong dari segala sesuatu, kecuali Musa; karena sangat cintanya kepada Musa dan bergantungnya hatinya kepada Musa..

BAGAIMANA VIRUS INI BERJANGKIT?

Penyakit al isyq terjadi kerana dua sebab. Pertama, kerana menganggap indah apa-apa yang dicintainya. Kedua, perasaan ingin memiliki apa yang dicintai. Jika salah satu dari dua faktor ini tak ada, niscaya virus tidak akan berjangkit. Walaupun penyakit kronik ini telah membingungkan banyak orang dan sebagian pakar berupaya memberikan terapinya, namun solution yang diberikan belum mengena….kadang- kadang penyakit nie boleh berjangkit kepada orang laen melalui direct contact ( secara lansung)…contohnya; bila seorang remaja yang tidak pernah mengenal erti CINTA kemudian tinggal @ bersahabat baik dengan seorang yang bercinta @ coupeling….hehhe..pasti akan dijangkiti virus nie akibatkan persekitaran yang baik untuk medium jangkitan…hati-hati dengan VIRUS ini….

RAWATAN KEPADA VIRUS INI….

Masih dalam penyelidikan apakah rawatan terbaik yang patut diberikan kepada seseorang yang dijangkiti oleh VIRUS nie….!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Mungkin ada VAKSIN istiqomah………???

Mungkin ada DIET puasa yang seimbang….???

Mungkin ada ANALGESIK kesabaran menanti yang HALAL …???

Mungkin ada ANTIBIOTIK keimanan yang dapat menetang semua VIRUS resistan

VIRUS adalah punca kepada pelbagai penyakit didunia nie…..

BAGAIMANA PULAH DENGAN KOMPLIKASINYA….

Pasti memBUNUH nyawa manusia & nadi KEIMANAN……!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bersambungggg…..

Jiwa & Hati manusiaku hampa tanpa CINTA...tapi semakin Hampa& Sakit tanpa IMAN...

Jiwa & Hati manusiaku hampa tanpa CINTA...tapi semakin Hampa& Sakit tanpa IMAN...



Al-qalb tempat bertapak keimanan dan kekufuran

MANUSIA diciptakan Allah terdiri daripada beberapa elemen utama sehingga mewujudkan identitinya iaitu jasad, akal, roh, nafsu dan hati. Namun, daripada semua unsur itu, paling penting dalam ajaran Islam yang diambil kira daripada keseluruhan amalan keagamaan adalah intinya, bentuk dalamannya iaitu hati.


Oleh itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang hati kamu. Sesiapa yang memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah! Wahai anak Adam orang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. (Hadis riwayat Muslim dan Tabrani)


Di samping itu, hati manusia juga bertindak sebagai raja bagi keseluruhan anggota badan. Dengan kata lain, baik dan buruk, sejahtera atau sengsara dan sihat atau sakit bergantung kepada kedudukan hati. Jika baik hati, maka baiklah seluruh tubuh lain dan begitulah sebaliknya. Rasulullah bersabda yang bermaksud:


"Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Oleh itu, hati memainkan peranan penting dalam mencerminkan dan juga menentukan kemuliaan atau kehinaan peribadi seorang. Hati juga dianggap ejen penentu kepada hidup dan matinya jasad manusia. Tidak berfungsi anggota badan secara keseluruhan kerana terlucut roh yang bertapak dalam hati. Hatilah tempat bertapak iman, takwa, sifat mahmudah, niat dan pada masa lain, di sini juga terletak kekufuran, nifaq dan sifat mazmumah.

Paling menarik, dalam al-Quran perkataan hati disebut al-qalb yang membawa maksud sesuatu yang tidak tetap. Bertepatan dengan konotasi al-qalb, maka hati begitu mudah berubah daripada satu keadaan ke keadaan lain kerana dalam hati ada dua unsur kekuatan yang sentiasa berlawanan antara satu sama lain iaitu antara iman dengan kufur, kebaikan dan keburukan, taat dan ingkar atau hak dan batil.

Rasulullah sentiasa berdoa kepada Allah iaitu: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Yang membolak-balikkan hati! Tetapkanlah hatiku di atas landasan agama-Mu."

Apabila ditinjau dalam al-Quran, banyak ayat membicarakan hal hati terutama hati bersih lagi suci daripada dosa dan maksiat. Hati bersih diterangi cahaya Ilahi dan tidak terselit sedikit pun keraguan dan syirik. Seterusnya, hati bersih yakin segala yang wujud di alam semesta dicipta Allah, sekali gus bertindak sebagai pentadbir mutlak ke atas alam. Hati bersih juga terhindar daripada dendam, dengki, fitnah dan sifat tercela lain.

Dengan kata lain, hati bersih dipenuhi iman, hidayah petunjuk dan takwa. Di dalamnya, sarat dengan gelora kerinduan, kecintaan, ketaatan dan tunduk yang kudus kepada Allah. Justeru, hati menjadi tempat bertapak nilai kebaikan seperti khusyuk, tawaduk, sabar, tawakal, syukur, istiqamah, pemaaf dan sifat mahmudah lain.

Perlu ditegaskan Allah memberikan ganjaran kepada hamba-Nya yang berniat untuk melakukan kebajikan, tetapi Allah tidak pula mencatatkan keburukan ataupun dosa kepada seorang yang hanya berniat di hati untuk melakukannya. Demikianlah betapa Allah bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-Nya.

wallahualam..

Buatmu MusLimaH : AnDai LeLaki iTu datang Padamu....

Buatmu MusLimaH : AnDai LeLaki iTu datang Padamu....


InGatLaH wahai diriku & muslimah yang sememangnya mempunyai Hati....
jangan Tergugat dengaN pUjuk Rayunya SyaiTan...
JaNGan tergugat Dengan hebaTnya wanita Yang TerHidang seksi daRimu..
JanGan membiarkan Dirimu TerCabar dengan KeCantikan Yang TerPampanG dimana2...
janGan PernaH takut untuk menegakKan pa yang kau peGangi...
BiaR seribu kalI Ditinggalkan...
tapi jangan pernaH tinggaLkan pa yang kau pertahankaN...
SaBraLah...SaBarLah...SaBaRlah...


Kuatkan HATImu...
Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...
Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...
MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,
"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"
TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KITA MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KITA PERLUKAN?
Andai seorang lelaki itu datang...Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...
BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!
Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suam
iPerempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...
Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan niaT kerana ALLAH...
Walaupun dia mengugutmu "akan mencari yang laen"...tapi percayalah...
Dia pasti menyesaL kerana Pernah TinGGalKanmu...

Bila Hati berbicara,...

Bila Hati berbicara,...

Perasaan itu fitrah dek…

Tapi jgn jadi fitnah!

Masih tergiang2 ditelinga ayat seorang seniorku disekolah menengah dulu….

Memang betul kak…perasaan Cinta itu fitrah…memang ada dalam jiwa manusia…

Setiap org pasti teruji dgn hadirnya perasaan ini…..

Tanpa kusedari usia remajaku da berlalu…kini datang satu perasan yg luar biasa keadaannya…

Dimana perasaan itu ada kekuataannya yg tersendiri sehingga mampu mengubah

Duri jadi mawar…

Cuka jadi anggur…

Sedih jadi gembira…

Sakit jadi sihat…

Marah jadi ramah…

Musibah jadi hebah…

Syaitan jadi nabi..

Malaikat jadi iblis…

kandang jadi taman…

penjara jadi istana…

sehinggakan CINTA boleh mengatasi akal mengendalikan hati

dalam diriku selalu bermonolog…konflik yg sakan kali menghantuiku…oh tuhan…

AKAL ku selalu terbaring bagai “KELDAI terbaring dalam LUMPUR” bila memikirkan CINTA…

Akal dan hati ku selalu menderita dengan konflik berkenaan kasih dan cinta….

Apa agaknya khabar IMAN ku….???

Hati akan terdiam...memikirkan IMAN yang selalu terseksa menderita bak dosa2 yg ku palitkan setiap hari…sejam…seminit…sesaat….sedetik…

Pasti IMAN kurang SIHAT…kerna hatiku merinduinya segenap jiwaku…tapi akal ku bertanya siapakah yang kurindui…Hati menjawab…aku merindui keduanya…Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya…akal menjawab tidak mengapa kerna Itukan fitrah manusia…

Tapi Hatiku berbicara rindunya kepada si dia kadangkala membuat jiwanya runsing. Fikirannya melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia….inilah bahananya panah2 syaitan…

Akalku pula bertanya kepada hati ini “Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama…???....hatiku terkesima dgn akalku….mengapakah dia bertanya pd ku soalan begitu….bknkh akal mengetahui ianya fitrahku sebagai seorg manusia….

Tapi Hati menjawab “Aku benar cinta dia…” Aku benar rindu dia…” Tapi aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya…..

Hahahaha….Akal mentertawakan hati….: Apa makna cinta sebenarnya????

Hati menjawab “ Kasih dan sayang”

Lalu Akal berkata “Bagiku cinta itu gila”

Hati mula kehairanan…baginya CINTA itu sungguh indah…membahagiakan…

Tiba2 Akal memecahkan keheningan hati yg tengah dibuai tentang lamunan mengenai CINTA……

Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha… Bila ada yang lain mendekati,…cuba merapatinya bergelodak rasa cemburu kan… Apa kau rasa begitu???....

Hatiku menjawab “Ya”…. Begitu yang aku rasa….

Akal bertanya “Apa kau tahu apa pula ibadah…????

Hati menjawab “Orang kata ibadah itu taat dan patuh”

Bukankah Ibadah itu juga adalah cinta…akal menjawabnya…

Hati pula bertanya kepada akal “Bagaimana dimaksudkan begitu?”

Akal menjawab dengan tegas “Ibadah itu cinta”…. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi….diam dan terus terdiam…

Hatiku tertanya apa sebenarnya apa yang ingin disampaikan oleh akalku…ya tuhan,,…..bantuLah hambaMu……hati ku tertekan dengan gesahan akal…

Akal mendesak hatiku untuk berfikir….”Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?”

Dalam diam Hati bermonolog “ Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati…..”

Tapi tiba2 Akal berkata “Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?????

Hati diam dan tertunduk...tunduk….memandang diri ini,….

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!